Koridor wilayah ekonomi merupakan inisiatif yang telah diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia agar pembangunan yang seimbang antara negeri dan wilayah dapat dicapai. Perancangan dan pembangunan wilayah ini adalah berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9).
Koridor-koridor wilayah ekonomi ini memberi penekanan kepada bidang-bidang pembangunan yang berpotensi dan yang sedia ada. Ini menggalakkan penggunaan sumber semulajadi secara maksima, memandangkan Malaysia mempunyai pelbagai jenis industri dan sumber semulajadi. Rakyat juga boleh mendapat faedah dari segi peluang pekerjaan yang diwujudkan, peluang perniagaan dan memperbaiki taraf hidup.
![]() | Iskandar Malaysia ialah sebuah zon ekonomi unggul yang terletak di Johor, sebuah negeri ke selatan Malaysia. Ia merangkumi segitiga logistik bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di kawasan utara hingga ke Pelabuhan Tanjung Pelepas di kawasan barat daya dan Pelabuhan Johor di Pasir Gudang di kawasan tenggara, yang meliputi kawasan seluas 2,217 kilometer persegi. Ianya telah diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai sebuah hub utama kepada 9 kelompok ekonomi yang diberi penekanan istimewa di samping menawarkan peluang pelaburan. Ini termasuklah:
| ||||||