Pengguna hanya memerlukan telefon bimbit untuk menggunakan perkhidmatan ini. Pengguna juga perlu memastikan nombor telefon bimbit tersebut adalah terkini di dalam profil mereka.
Perkhidmatan SMS ini membolehkan pengguna khususnya pencari kerja untukIa juga sebagai saluran untuk memberitahu pencari kerja mengenai jawatan-jawatan kosong terbaru, menghebahkan maklumat mengenai temuduga terbuka yang hendak dijalankan, Karnival Pekerjaan yang akan diadakan serta produk-produk baru yang diperkenalkan.
Melalui perkhidmatan ini juga calon akan dapat Alert SMS di mana juga mereka berada dan boleh mengambil tindakan serta merta tanpa perlu capaian ke internet.
Peluang pekerjaan perlu direbut secepat mungkin dan pengenalan kepada perkhidmatan ini diharap dapat membantu pencari kerja mendapat pekerjaan yang diimpikan.