Pelayar anda tidak membenarkan pertukaran warna tulisan. Tukarlah ke pelayar versi baru.Pelayar anda tidak membenarkan pertukaran saiz tulisan. Tukarlah ke pelayar versi baru.Pelayar anda tidak membenarkan pertukaran jenis tulisan. Tukarlah ke pelayar versi baru.Anda akan meninggalkan domain <b>JobsMalaysia.gov.my</b>.<br />Klik pada URL dibawah untuk teruskan (<b>''Ctrl + Klik''</b> untuk membuka tetingkap baru)<br />ATAU Tutup kekotak mesej ini untuk terus berada di halaman ini.<br /><br />
LiveSupport

Soalan-soalan Lazim

Soalan Lazim Pencari Kerja

S : Bagaimanakah caranya untuk mendaftar dalam Sistem JobsMalaysia?
J : Sila rujuk panduan pendaftaran (http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/jcs_help/index.faces) atau hubungi Pejabat Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan dengan tempat anda.
S : Apakah yang perlu dilakukan jika terlupa kata laluan?
J : Emailkan (onlinesupport@mohr.gov.my) nama penuh dan nombor kad pengenalan untuk pengesahan dan kata laluan yang baru akan diemailkan kepada anda. Atau anda boleh hubungi Jabatan Tenaga Kerja yang berhampiran(http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/jcs_general/contactus.faces).
S : Bagaimanakah caranya untuk menyemak status permohonan pekerjaan?
J : Anda perlu sentiasa menyemak 'bakul masuk' anda untuk mengetahui samada majikan menyenarai pendekkan nama anda atau memanggil untuk ditemuduga.
S : Bagaimanakah caranya untuk mengemaskinikan kelulusan?
J : Emailkan (onlinesupport@mohr.gov.my) kelulusan yang hendak dipadamkan atau dikemaskinikan. Atau anda boleh hubungi pejabat Jabatan Tenaga Kerja yang berhampiran dengan anda.
S : Apabila saya memohon pekerjaan, terdapat mesej yang menyatakan saya tidak layak memohon pekerjaan tersebut. Untuk makluman, kelayakan akademik saya memenuhi kriteria yang diperlukan oleh jawatan tersebut. Kenapa saya tidak layak memohon jawatan tersebut?
J : Sistem JobsMalaysia secara automatik membuat padanan antara kelayakan akademik pencari kerja dengan kriteria yang dikehendaki oleh majikan. Contohnya, jika anda mempunyai Ijazah Teknologi Maklumat dan memohon pekerjaan yang memerlukan Diploma Teknologi Maklumat, sistem tidak akan menerima permohonan tersebut.
S : Saya telah mendaftar dalam Sistem JobsMalaysia. Tetapi sehingga sekarang saya tidak menerima panggilan untuk temuduga atau disenarai pendekkan oleh majikan. Apakah sebabnya?
J : Anda boleh membuat carian kerja dan memohon pekerjaan yang bersesuaian secara online. Walaubagaimanapun, keputusan untuk memilih calon yang bersesuaian dengan kerja yang diiklankan akan dibuat oleh majikan berkenaan. Anda perlu memohon kerja yang berpadanan dengan profil anda. Dan juga jangan lupa untuk sentiasa menyemak akaun JobsMalaysia anda.



Soalan Lazim Majikan

S : Bagaimanakah caranya untuk mengiklankan jawatan kosong bagi syarikat dalam Sistem JobsMalaysia?
J : Caranya ialah:
  • Anda perlu mendaftar dengan sistem ini sebagai Majikan terlebih dahulu.
  • Selepas mendapat ID, anda perlu login ke sistem ini.
  • Klik Kemaskini Segera > pilih Tawarkan Kekosongan Baru. Isi borang yang dipaparkan dan klik butang hantar.
  • Untuk menyemak status terkini mengenai jawatan yang diiklankan, klik pada maklumat segera dan pilih kekosongan yang ditawarkan.
S : Apakah dokumen yang perlu ada untuk mendaftar sebagai majikan?
J : Anda tidak perlu sertakan sebarang dokumen bagi mendaftar dengan Sistem ini. Anda hanya perlu nyatakan nombor ROB/ROC/ROS dan jika anda adalah majikan perseorangan, anda perlu nyatakan nombor kad pengenalan anda.
S : Bagaimanakah caranya untuk mengemaskini atau mengubah maklumat dalam akaun saya?
J : Anda boleh mengemaskini atau mengubah maklumat dalam akaun anda dengan memilih kemaskini segera dan memilih profil majikan. Dimaklumkan bahawa anda tidak dibenarkan mengubah maklumat terperinci jawatan yang diklankan kecuali membuat pengemaskinian bagi bilangan kekosongan jawatan yang ditawarkan sahaja.
S : Bagaimanakah caranya untuk memohon pekerja asing sekiranya tidak mendapat pekerja dari rakyat tempatan?
J : Sila hubungi Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan dengan anda untuk mengetahui prosedur pengambilan pekerja asing.
S : Jika saya ingin mengambil pekerja asing, adakah saya perlu mengisi borang PA 2/98?
J : Borang PA 2/98 hanyalah untuk majikan yang pernah mengaji atau sedang mengaji pekerja asing sahaja.
S : Apakah borang yang perlu diisi jika ingin menghantar balik pekerja asing sekiranya mereka sudah tamat kontrak atau berhenti kerja?
J : Anda perlu sertakan salinan '24 panel insurance cover note' dan hantarkan salinan tersebut kepada Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan dengan tempat anda.



Mesej Debug (untuk kegunaan programmer kami)
Mesej Kerosakan (untuk kegunaan programmer kami)
Pemberitahuan

Perhatian

Perhatian

Ubah Saiz Tulisan

Ubah Warna Tulisan

Ubah Jenis Tulisan